Diari Suami Isteri 2

28.3.16 4 Comments A+ a-






Bismillahi Rahmani Rahim


Aku dihadiahi sebuah buku sketches oleh Puan Isteri pada episod lepas..
Apakah sambungan seterusnya?

Jeng jeng jeng..






















































Aku dengan Puan isteri memang kuat imaginasi..
Padahal, apa pun belum buat lagi..huhu

Itulah kimia kami :)




Diari Suami Isteri 1

24.3.16 9 Comments A+ a-






Bismillahi Rahmani Rahim



Hai semua :)

Lama betul tak menulis. Rasa macam segan-segan pulak huhu..
Banyak aku nak cerita ni tapi aku buat entri lain-lain la nanti ye..
Sebab banyak benda yang jadi, aku tak tahu nak mula update daripada mana..

Hmmmm...Ok, aku tahu dah nak mula dari mana!
Aku nak update dengan mintak maaf. Kenapa?
Aku rasa bersalah betul..
Nak dijadikan cerita, aku hari tu up 1 entri masa 29 Februari 2016.



Sebab tahun lompat sangat rare, jadi aku rasa ada satu keperluan untuk aku abadikan satu entri.
Si Cero kalau benda2 rare macam ni memang dia suka..











Tapi, yang jadinya...


...aku rasa macam ter prank orang la pulak..kehkeh
Jadi, maaf la ye
Lain kali aku akan buat entri full tak sangkut-sangkut lagi macam tadi..














Ok, update seterusnya, aku nak bagitahu yang aku dah kahwin hujung tahun lepas:)
Yeahoo!
Alhamdulillahh syukur aku sangat-sangat sebab puzzle dalam hati dah complete..
Masih lagi dalam mood suwit-suwit lagi ni kehkeh..
Buat brader Cero, Aujinz, Ankel Jonni dan yang lain-lain tu gua nasihatkan lu semua kahwinlah..
Confirm lu orang akan rasa damai je jiwa..wohaa...

Tapi, walaupun dah kahwin, aku dengan isteri cuma dapat jumpa hujung minggu je..
Sebab tempat kerja yang berbeza, aku dengan isteri berhubung secara PJJ..
Ok, time ni memang jiwa tak damai langsung! Memberontak, meront-ronta manja semua ada..
Fuhh seksa woo PJJ ni..
Kalau setakat panas EL-Nino ni aku boleh rilek jalan tengahari panas-panas..
Kalau setakat lapar aku boleh pergi kafe beli nasik dengan sayur kalau ayam dah habis..
Kalau PJJ ni azab dia Masya-Allah..Sobs sobs..
Sedih beb..
Ah, yang tu nanti aku update entri lain jugaklah haha..










Ok, ada satu hari masa dating, puan isteri menghadiahi aku satu buku sketches..
Daripada buku tu, aku bercadang nak buat diari bergambo tentang kami..
Yela, nak jumpa pun susah, jadi aku nak abadikan waktu-waktu dengan dia dalam diari tu..
Sebagai tanda aku sangat-sangat-sangat dan sangat menghargai masa kami bersama..

Dan sebab aku pun tak ada masa nak lukis lawa-lawa untuk entri kat sini, 
aku cadang nak upload je apa yang aku lukis dalam diari tu kat sini..
Sekurang-kurangnya, ada soft copy kalau diari tu hilang..


Jadi, kisah dalam diari ni bermula bila kami pergi ke AEON Klebang Perak..

(klik untuk tumbesaan)

Sebenarnya, diari ni pasal apa yang aku dan puan isteri buat je haha..
Apa pun, insyallah lah aku akan istiqomah update ye..

Untuk semua kawan-kawan blogger dan Klogger lain, 
terima kasih sudi singgah dan baca tulisan aku..
Aku mintak maaf jarang-jarang dapat jenguk klog korang sebab masa tak cukup..

Untuk puan isteri, walaupun kita PJJ, ketahuilah yang 
kejauhan inilah yang buat cinta dan rinduku padamu makin mekar..
kejauhan inilah yang buat kita makin appreciate masa kita bersama..
dan kalau kita sabar dan redha, insyallah Dia akan permudahkan kita untuk bersama nanti..
Amin Ya Rabb :' |