Kisah Artis......................Artis ke?..''-_-

30.11.11 1 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim



Kisah Tipikal Artis X


Wartawan : Hai Cik Artis..Makin meletup balik Cik Artis dewasa ini 
disebalik kekayuan lakonan anda..Apakah rahsianya?

Cik Artis : Eh, LIVE ataupun siaran langsung di kaca televisyen ke ni?
Mekap Ai ok tak?Bulu mata palsu Ai?
Ehem, sebab ya lah Yu pun tahu kan, Ai berlakon dah lah kayu yang amat, nak nyanyi pula vokal Ai bukan sekadar rupa..
Justeru, sebab dah terdesak nak maintainance kefofularan ni, 
Ai praktiskan amalan berpakaian secara SSKTCK..Sendat, Sempit, Ketat, Tak Cukup Kain..ihik ihik..

Wartawan : Gelinya cara gelakkan kau..



...................................................................................




Wartawan : Dengar cerita Cik Artis ada pakai seksi-seksa dalam majalah tempoh hari?Apa jadahnya?

Cik Artis : Ihik ihik ihik..Tak sangka pula Yu prihatin ya..Bogue tak Ai?Ai rasa tak seksa pun pakaian Ai tu..Masa mula-mula majalah tu offer Ai lagilah, pakai "censored" je Yu tahu..Eh, kenapa Yu censored perkataan tu?Kolotlah pemikiran Yu ni..Tak bertamadun..Tak moden..Sempit..bla bla bla..
Ok tak mengapa kita teruskan..Em, tapi Ai tak mahu..Bila dia offer kali ke-2 Ai tengok ia selari dengan amalan SSKTCK,Ai pun orait lah..Ihik ihik lagi sekali..



...................................................................................







Wartawan : Wah..agak kambing juga jawapan itu..
Tak takut dosa ke Cik Artis pakai seksi-seksa macam tu?Mohon Cik Artis insaf segera ya?....

Cik Artis : Eh hello..Ini hak asasi Ai ok..Kebebasan bersuara..
Kebebasan berpakaian..Kebebasan bla bla bla..Suhakam..
bla bla..Seksualiti Merdeka..bla bla..Amnesty Human Right bla bla..
Yu kan wartawan, nanti Yu publish je dalam paper tajuk besar dia 
"Ai sanggup menanggung dosa-dosa Ai" Yu bold kan, saiz 100 , font Italic ok..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Wartawan : Jahanam betul statement kau!Haa,ini makan dia......!!

Cik Artis : Aduh...Kenapa terajang saya?

Wartawan hati mulia : Eh, hak asasi sayalah nak terajang kamu..LOL:D



p/s :  -__-"

Jangan Lagi Dikau Tangisi Lagi | Mohon Kuat Semangat :)

29.11.11 2 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim



Hai semua :) senyum..tak perlu kata apa-apa..hehe..eh,tergelak pula..
Walaupun masih tawar, kelat dan kelihatannya seperti terpaksa menarik bahagian hujung bibir ke arah pipi,
mohon semua senyum ya :)

Harimau Muda masih bertaring lagi..mohon rileks semua ya ;) 
Insyallah, kalu dah tersurat pada takdirnya, ada rezeki boleh punya pergi Olimpik..
Tak nak senyum juga?Ok tak mahu paksa..harap semua boleh senyum lepas tengok kartun kat bawah ini:)
hehehe..nak gelak dulu..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tak senyum juga?huhuhu..Oklah,tak nak paksa..
Apapun..GO Harimau Muda...AUMMMM!!!





p/s : Senyum seindah suria yang membawa cahaya, senyumlah dari hati duniamu berseri..

90 Minit Game | 80 Minit Kuasai Game | 6 Minit Yang Bencana :(

28.11.11 4 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim









"Info Sukan TV1 bersama saya Nurul Fatehah..Kita mulakan info sukan tengahari ini dengan perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 yang menyaksikan pasukan Harimau Muda tewas mengejut 2-3 kepada Bahrain..."
.
.
.
.
PRANGGGG!!!!(bunyi pinggan kaca berjenama terkenal pecah)
Pandanganku gelap seketika...
Hatiku remuk bagai digelek stemroll..
Begitulah perasaanku bila buat kesekian kalinya mendengar berita kekalahan Harimau Muda kepada Bahrain..Semalam dah dengar..tapi tadi saja nak dengar lagi, bajet da lali,
tapi makin pedih rupanya hati ini..huuu..



Aku tau semua peminat dan penyokong sedih Malaysia kalah mengejut..
1Malaysia macam tiba-tiba blackout je..



Kalau orang kata putus cinta itu sedih dan rasa ngilu macam luka yang dibubuh cuka...

.
.
.
.
Kalah bolasepak adalah 100x lagi ngilu dan down rasanya tahu..
macam badan kena ikat kat pokok lepas tu kerengga gigit-gigit..



Berapa ramai peminat yang mimpi basah malam tadi lantaran ngerinya "6 minit" yang bencana itu..



Berapa ramai peminat yang mandi tak basah dek kerana mogok lepas menyaksikan  gol ke-3 Bahrain itu..



Tak kurang juga yang bingung bingung dan blur blur seolah-olah tak dapat terima kenyataan kekalahan yang mengBZZZZTTTTkan ini..macam kena letrik..BZZZTTTT!!!


Aku pun tak terkecuali dari sindrom-sindrom itu..
Tapi tak la severe macam anda semua kan :) hehe..

Tapi!!

Aku harap..rakan-rakan peminat semua sedar akan erti kekalahan ini..
Mungkin Allah nak uji sejauh mana teguhnya kita para peminat semua menyokong pasukan Harimau kita..Adakah kita betul-betul berada di belakang mereka tika kalah dan menang?
Mungkin ini masanya nak membezakan yang mana peminat lalang yang mana peminat cemerlang..



Mungkin Allah nak uji coach kesayangan kita bahawa usah alpha dan leka dengan kemenangan yang kita kecapi selama ini...



Mungkin ada terdetik walau sikit di hati kita para peminat atau para pemain bahawa kita akan confirm menang game semalam??Latas menyebabkan kita overconfident?
Justeru, Allah nak kita dan pemain kesayangan kita agar sedar dan usah terbuai dengan kefofularan, kemasyhuran, kekayaan dan pujian melambung yang diterima dengan mengejut selama ini..


Ayuh peminat dan penyokong Harimau Malaya yang ASLI..



Sedarlah, bolasepak adalah permainan yang kejam..
Kita bermain dengan sangat-sangat baik selama 80 minit..
Kita menguasai permainan dengan pendahuluan 2-0..
Kita bermain dengan kelebihan seorang pemain...
Tapi andai anda alpha , hilang fokus dan tumpuan , terdetik perasaan sangat selesa dengan bekalan 2-0 itu..

Kunfayakun!

6 MINIT sahaja sudah cukup untuk menghukum kita!!

INGAT!!

Kerana bolasepak ialah permainan 90MINIT!!..
Selagi wisel belum ditiup..Selagi pengadil masih berlari..Selagi bola di pihak lawan..
Jangan pernah terdetik riak dan perasaan selesa confirm menang di hati kita..
Selagi itu kita jangan hilang fokus dan teruskan berjuang!!!



Bak kata Shebby Singh...
"Harimau Muda telah menunjukkan betapa jurang permainan antara kita 
dengan negara-negara arab tidak lagi jauh"...
malam tadi mungkin kita tidak menang, tapi kita dah tunjukkkan bahawa tak mustahil Asia pun mampu kita takluk! sipi-sipi je beb nak menang :)

Malaysia Boleh bak kataku dalam postku yang lalu DISINI!! 
Jangan pernah berhenti menyokong wahai sahabatku !
Tanah Tumpah Darahku! 






p/s : Masa Champion League dulu, AC Milan mendahului 3-0 masa separuh masa pertama, tapi Liverpool yang jadi juara..bola memang kejam kan?:)

Usah Tipu..Anda Pernah Hadapi Situasi Ini Juga Bukan?:)

23.11.11 0 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim




Situasi 1



Situasi 2


Bapak annoying..

Walaupun niat kita nak menegur baik, tapi adakah dengan teguran itu akan menyinggung naluri kawan kita?Justeru chewah, wajarkah kita menegurnya?
Jika wajar..gimana sih nak menegur dengan cara hemah paling tinggi?


p/s : gua ok je :) hehe..

Semangat HARIMAU MALAYA | Kerana Kita Ada Segalanya !!

23.11.11 3 Comments A+ a-



Bismillahi Rahmani Rahim




*Banguuun...bayangkan ada minus one Lagu Negaraku berentak perlahan*

نڬاراكو، تانه تومڤهڽ دارهكو
رعيت هيدوڤ، برساتو دان ماجو
رحمة بهاڬيا، توهن كورنياكن
راج كيت، سلامت برتختا
رحمة بهاڬيا، توهن كورنياكن
راج كيت، سلامت برتختا

*semua celik jawi kan?:-D*

Sekarang memang tengah semangat Harimau Malaya betul..
Kedai kopi, kedai mamak, kedai serbaneka, Kedai Tayar Ah Kua, Kedai Rambut Keriting Selvam
semua cerita pasal bebola..
Sebab dah lama kot bolasepak Malaysia tak perform baik macam ni..
Sejak skandal rasuah dulu, susah betul Malaysia nak naik balik..
Dikesempatan ini..cewah, aku harap inilah titik permulaan Malaysia bangkit..kejar Misi Piala Dunia 2018..
Insyallah tak mustahil..sebab kita "sedang" ada segalanya dan "bakal" ada segalanya..



Huh..Ada segalanya?Yup :)



Kita ada sumber inspirasi Lagenda Striker Super !!

Lagenda Malaysia : SuperMokh

"If you are ashamed to stand by your colours,
You better seek for another flag"







Kita ada Raja Bola !!

Jurulatih Malaysia : Datuk K Rajagobal








Kita ada Ong maa !!

Jurulatih Harimau Muda : Ong Kim Swee
 


"They dont respect you. 
they dont respect our flag,  
they dont respect our King and they dont respect our parents..
If you allow this to happen, 
then you are cowards. 
You must teach them what being Malaysian 
is all about."











Kita ada raaaaaamaii pemain berkualiti dan meningkat naik!!!


Yang sentiasa bermain dengan semangat harimau dan jarang menghampakan....







Dan....








Senjata UTAMA ...!!!


ANDA semua .....!!!!
Penyokong yang HEBAT
Penyokong yang SETIA
Penyokong yang COOL
Penyokong yang menyukan (SPORTING)


 Sebab kita 1Malaysia , 100% Made from Malaysia
Tanah Tumpah Darahku











p/s : Fight for Malaysia!!!Oh Yeahh!!

12 Perkara Yang DILARANG dilakukan Semasa Sukan SEA!!

21.11.11 12 Comments A+ a-

Bismilllahi Rahmani Rahim



Hai semua ;) lama tak update blog annoying ni..hehe..
Hasil daripada mesyuarat Jawatankuasa Annoying Malaysia berdasarkan analisa sepanjang sukan SEA berlangsung, jadi aku nak kongsikan 12 perkara annoying yang dilarang dilakukan semasa sukan SEA pada anda semua..enjoy..:)






1 ) DILARANG menaikkan bendera Malaysia yang kurang jalurnya..tak belajar lukis bendera masa subjek Kajian Tempatan ke?..









2. DILARANG mengejek, menghina dan menge BOOOO lagu Negaraku 
pasukan yang bertanding...
It is just disrespectful..Pe'el (perangai) siapa kau ikut ni?..









3. Pesilat Indonesia DILARANG mem flying kick jurulatih silat Vietnam yang sedang mengemukakan bantahan kepada para Wasit yang buta mata hati..









4. Pesilat Indonesia DILARANG mencuri2 gigit bahu pesilat Thailand pada perlawanan akhir silat kategori 50kg..
Yang ini memang aksi yang patut dicaruti..









5. Pesilat Indonesia DILARANG bermain nyorok2 di belakang Wasit dari Singapura walaupun anda mendahului kutipan mata...Kau salah kategori kot..ini silat la..bukan hide & seek ..






6. Penyokong fanatik Indonesia DILARANG membakar kaunter tiket yang kehabisan tiket perlawanan final bolasepak yang membabitkan perlawanan antara Malaysia dan Indonesia...Kalau bakar kaunter boleh dapat tiket ke?..Ini pun aksi yang patut dicaruti..






7. Penyokong Indonesia DILARANG membakar bendera pasukan Malaysia selepas pasukan Malaysia menang ke atas pasukan Indonesia...Bakarlah bendera Indonesia, dah TIMNAS kau yang kalah..






8. Penyokong Indonesia DILARANG menghalang laluan bas yang membawa penyokong dan pemain Malaysia yang dalam perjalanan ke Stadium Bung Karno...Langgar je encik driver..









9. Pasukan keselamatan Indonesia DILARANG untuk menghalang Ong Kim Swee berhubung dengan pembantu jurulatih pasukan Malaysia di bangku pemain sama ada melalui walkie talkie, telefon mahupun nota latih tubi..Kesian sikit dengan tukang urut pasukan Malaysia yang menjadi Posmen selam 90 minit..Jenuh nak turun tangga stadium tu tahu..Dah dia kena urut diri sendiri..Abang memang macho la masa turun tangga tu :)









10. Pasukan keselamatan Indonesia DILARANG menghalang Ong Kim Swee meraikan kejayaan anak buahnya yang menundukkan Myanmar 1-0 pada separuh akhir bola sepak sukan sea...Kan dah habis game, jadi penggantungan pun habis la..ini provokasi tahap tak matang namanya..






11. Pasukan Doping Control DILARANG untuk mengambil sampel air kencing random pemain Malaysia yang sedang meraikan kejayaan membuat sup garuda masak stim di Stadium Gelora Bung Karno...Kau dah habis idea nak provoke, lagi nak buat macam ni..pasukan Indonesia lagi patut kena doping test..laju semacam je wing dia tu..









12. Pasukan Keselamatan Indonesia DILARANG menyediakan Barracuda untuk pengangkutan pergi dan balik pasukan bolasepak Malaysia dari Hotel Sutan ke Stadium...Kalu ada aircond dalam Barracuda tak apalah juga..Panas kau tahu tak dalam tu..


Apapun...........................................Terima Kasih Indonesia..
Cacian, maki hamunan, hinaan, cercaan, ejekan tanpa penat dan berbelah bahagi para penyokong tanpa tamadun Indonesia telah menjadi minyak petrol dalam tangki pasukan bolasepak kami..Kami tak annoying pun;D haha..Kan doa orang teraniay didengari Allah:)



Tahniah sangat pasukan Malaysia..bukan mudah nak dapat 2 kali johan berturut2..
TANAH TUMPAH DARAHKU...ORIGINAL MADE FROM 1MALAYSIA..




p/s : respect the game

Budak Zaman Sekarang Perangai Pelik

10.11.11 0 Comments A+ a-

Bismillahi Rahmani Rahim

Dewasa ini, annoying sungguh dengan kes yang satu ini..hari2 mesti ada laporan polis dibuat pasal kes ni..
Kasihan polis, banyak kes berat lain belum siap handle, kes yang satu ini timbul tak habis2..
.
.
Tapi, paling kasihan sekali kat mak ayahnya la ;-( sobs..
Tak patut buat mereka begini tahu..sangat keji sikap ini..
.
.
Umur : Sehari
.
.
.
.
.
Umur : 6 bulan
.
.
.
.
.
Umur : 4 tahun
.
.
.
.
.
Umur : 9 tahun
.
.
.
.
.
Umur : 15 tahun dan ke atas
.
.
.
.
.

Boipren yang baru kenal sehari dua lebih anda percaya dari ibu bapa yang berbelas tahun setia menjaga anda..Jawapan tipikal anda?Terkongkong?Hak asasi?
Nanti dah hidup merempat, susah dalam pelarian baru nak ingat kat ibu bapa balik..
Oh, zalimnya jika anda begitu..

p/s : geleng kepala..

2 Tahun Bebas Anggur

10.11.11 4 Comments A+ a-

Bismillahi Rahmani Rahim


                                           Pada petang Rabu yang mendamaikan...aku tersentak..


"uit...kalender ni.."
.
.

"...kenapa aku bulatkan pakai marker kat tarikh ni?"
.
.

"besday aku?dah lepas..besday makwe aku?minggu depan..besday aku yang tahun depan?lambat lagi..
hurmmm....tik tok tik tok.."
.
.

"ahaa...patutlah aku bulatkan!!ujarku sambil memegang mentol yang menyala menunjukkan dah dapat idea.."
.
.
.
Rupa-rupanya....
.
.
.
.
.
.

"SELAMAT ULANGTAHUN KE-2 aku bekerja a.k.a bebas dari menanam anggur..patutlah aku semakin matang dalam 3P - Percakapan, Perbuatan, Pemikiran...hehe.."  ;)


p/s : terima kasih kepada senior2 yang banyak membantu dan beri tunjuk ajar selama ini...jasa kalian akan aku hengat sampai bila2..